Sunday, October 9, 2011

Nukilan perjalanan hidup manusia

"Bagaimana kamu menjadi kufur terhadap Allah sedangkan kamu bermula dari mati(tiada) kemudian Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian kepadaNya kamu akan dikembalikan" (Al-Baqarah:28)

Tiap-tiap minit itu menyatakan perjalanan riwayat manusia yang perlu direnung dan difahami sedalam-dalamnya supaya kita menyedari betapa besarnya kurniaan Allah S.W.T. Ianya bermula daripada mati(tiada) kemudian Allah menjadikan bumi dan segala bahan yang berdiri teguh diatasnya terdiri daripada tanah yang berbagai-bagai jenis. Tumbuh -tumbuhan yang berbagai jenis strukturnya yang mampu melahirkan pelbagai jenis kehidupan hasil dari keunikannya itu termasuklah manusia.

Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T bermula dari Adam A.S dan ditemani Hawa A.S. Demikian dinyatakan didalam kitab Al-Quran tentang kejadian Adam daripada tanah kemudian dimasukkan ruh kedalan jasadnya. Kenyataan ini sekaligus menolak teori seorang yahudi (teori Darwin) yang menyatakan kejadiaan manusia ini bermula daripada seekor beruk kemudian bertukar menjadi manusia apabila usia telah meningkat ke peringkat yang lebih matang. Betapa hinanya manusia andai teori ini diguna pakai sehingga hari ini kerana manusia yang diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian disamakan dengan binatang yang tiada akal fikiran. Ini membuktikan bahawasanya, manusia tidak mampu melawan ciptaan Allah yg Maha Mencipta. Dia lah yang menciptakan kita selaku khalifah yang meminpin dunia, termasuk semua kehidupan yang ada di alam ini hingga alam ini sendiri pun Allah yang menciptakan dan mentadbirnya.

Sebab itu, janganlah kita mudah lupa kepada diri, dari mana kita hadir dan kemana kita akan kembali. Jangan jadikan nikmat atau kelebihan yang Allah kurniakan pada kita untuk melawan segala hukum hakam Allah yang telah 'terlalu hebat' ditentukan Allah kepada kita. Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan Allah memartabatkan nilai seseorang manusia itu sehingga lebih baik dari malaikat sekiranya ia baik disisi Allah. Oleh kerana itu, Allah menghargai diri manusia dan nyawa mereka dengan harga yang mahal. Seseorang yang melakukan pembunuhan dianggap berdosa besar selepas syirik iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino - MapYRO
    Casino & Hotel Map, Harrah's 화성 출장안마 Cherokee Casino and Hotel, profile picture. 제천 출장샵 Harrah's Cherokee Casino, profile 천안 출장마사지 picture. Harrah's 광명 출장마사지 Cherokee Casino, profile picture. 안성 출장안마

    ReplyDelete